Selepas diumumkan pada Mei yang lalu, kemas kini antara muka baru dari Google iaitu Material 3 Expressive kini tersedia untuk dimuat turun bagi pengguna Pixel 6 dan ke atas.

Kemas kini ini memberi tumpuan kepada rekaan antara muka yang lebih ekspresif, integrasi AI, audio pintar, serta perkongsian lebih mudah. Material 3 Expressive hadir dengan antara muka baru sepenuhnya dengan pelbagai elemen dan keupayaan menarik merangkumi lock screen, wallpaper, widget, notifikasi, status bar dan lain-lain.
Intergrasi AI kini lebih baik dengan Gboard menyokong pelbagai ciri baru yang boleh membantu untuk membetulkan ejaan dan tatabahasa dengan lebih pantas. Selain itu, penulisan kini boleh diubah dalam pelbagai gaya atau nada seperti formal, terperinci, profesional atau santai. Semua ciri ini diproses secara terus melalui peranti bukan secara awanan untuk menjamin privasi pengguna.

Ciri Quick Share turut menerima penambah baikan dengan antara muka yang lebih mudah untuk digunakan dan terdapat progress bar untuk status pemindahan masa nyata. Fail yang diterima boleh dibuka secara terus dan setiap imej yang dikongsi akan diperlihatkan terlebih dahulu.

Terdapat juga ciri baru Audio Sharing yang membolehkan pengguna menyambungkan dua peranti audio secara serentak. Selain itu, Pixel Watch kini menyokong sistem navigasi Google Maps secara terus pada skrin jam. Seterusnya, paparan fon akan dibuka terus pada Pixel Watch untuk meneruskan navigasi.