Close

Sony Xperia 10 VII diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 6 Gen 3 dengan bateri 5000mAh

Sony secara rasmi memperkenalkan peranti baru iaitu Xperia 10 VII, merupakan peranti kelas pertengahan hadir dengan penawaran yang menarik berbanding generasi sebelumnya.

Xperia 10 VII hadir dengan rekaan yang berbeza dengan modul kamera seperti pil yang mirip seperti Nexus 6P. Dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.1-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus 2.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 3 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB yang menyokong slot mikroSD sehingga 2TB. Bateri sebesar 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas melalui USB-C.

Untuk fotografi, hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony Exmor RS + 13MP Ultra Lebar dan swafoto 8MP. Peranti ini menjalankan sistem operasi Android 15 dengan sokongan kemas kini 4 tahun untuk Android dan 6 tahun untuk keselamatan.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti butang kamera fizikal, penarafan IP65/68, bicu audio 3.5mm dan pembesar suara jenis stereo. Untuk pasaran Eropah, Xperia 10 VII dijual pada harga bermula sekitar €449 (RM 2215) dan ditawarkan dengan tiga pilihan warna White, Turquoise dan Charcoal Black.

ARTIKEL BERKAITAN