Close

Lenovo Legion Go 2 akan tiba di Malaysia Oktober ini – Harga bermula RM5399

Konsol mudah alih generasi kedua dari Lenovo iaitu Legion Go 2 akan tiba secara rasmi ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Legion Go 2 kekal dengan saiz skrin yang sama iaitu 8.8-inci dengan resolusi 1920 × 1200. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 500 nits. Walaupun menggunakan saiz skrin yang sama, namun Lenovo tidak lagi menggunakan panel IPS sebaliknya menggunakan panel baru iaitu Lenovo PureSight OLED.

Dikuasakan dengan dua pilihan cip iaitu AMD Ryzen Z2 atau Ryzen Z2 Extreme yang dipadankan dengan RAM sehingga 32GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 2TB PCIe Gen4. Legion Go 2 hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 74Wh berbanding 49.2Wh pada generasi sebelumnya.

Lenovo turut mengemas kini alat kawalan dan juga sistem penyejuk Legion Coldfront, menggunakan kipas yang lebih besar untuk memberikan aliran haba keluar masuk yang lebih baik. Dari segi sambungan dan audio ia hadir dengan dua 2W speaker, dual mic, WiFi 6E, Bluetooh 5.3, 2x port USB4 dan bicu audio 3.5mm. Selain itu, ia turut hadir dengan pengimbas cap jari pada butang kuasa.

Legion Go 2 akan mula ditawarkan di Malaysia bermula Oktober ini dengan harga jualan bermula RM5399.

ARTIKEL BERKAITAN