Close

Siri HONOR Magic8 mungkin hadir dengan butang tambahan

Siri HONOR Magic8 berkemungkinan akan dilengkapi dengan butang tambahan yang khusus untuk ciri AI.

Merujuk kepada prototaip yang didakwa sebagai Magic8, memperlihatkan peranti tersebut dilengkapi dengan butang tambahan yang diletakkan di bahagian sisi. Butang tambahan itu dikatakan khusus untuk ciri AI.

Maklumat tersebut dilihat seiring dengan kenyataan CEO HONOR iaitu James Li, menurut beliau Magic8 akan menawarkan perkakasan berkuasa yang diintegrasi dengan keupayaan AI. Peranti tersebut akan menjalankan MagicOS 10 bersama MagicGUI.

Sistem operasi MagicOS 10 dikatakan mampu menawarkan integrasi AI yang lebih mendalam sekaligus membolehkan ia melakukan pelbagai tugas secara automatik. Selain itu, integrasi ini akan meningkatkan keserasian ekosistem peranti HONOR.

Terdapat laporan mendedahkan, siri HONOR Magic8 dijangka tiba pada sekitar Oktober tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN