realme Malaysia mengesahkan ketibaan peranti baru ke pasaran tempatan pada 18 September ini. Peranti yang akan diperkenalkan adalah siri realme 15. Acara pelancaran ini boleh ditonton secara langsung melalui media sosial rasmi realme di Facebook, TikTok dan YouTube.

Model yang akan menjadi semestinya realme 15 Pro, peranti ini akan diperkenalkan sebagai ‘AI Party Phone’. Peranti ini akan dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar 7000mAh. Walaupun dilengkapi dengan bateri yang besar, namun perantin ini hanya setebal 7.79mm dan berat sekitar 187 gram.
Selain itu, peranti ini akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP IMX896 dan menyokong rakaman video sehingga 4K 60fps. Ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Flowing Silver dan Velvet Green.

Bagi yang berminat, siri realme 15 boleh dipra-tempah bermula 18 hingga 26 September 2025. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM1346 untuk realme 15 Pro dan RM1146 untuk realme 15 5G.