Close

Kemas kini iOS 26 kini tersedia untuk pengguna Malaysia

Sistem operasi terbaru untuk iPhone iaitu iOS 26 kini tersedia untuk dimuat turun bagi semua pengguna global termasuk Malaysia.

iOS 26 hadir dengan antara muka serba baru yang dinamakan sebagai Liquid Glass. Seperti namanya, antara muka baru ini mengguna elemen lutsinar bersama dengan animasi yang lebih dinamik.

Perubahan antara muka baru ini merangkumi lock screen dan home screen. Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai ciri yang ditambah baik, aplikasi baru dan juga sokongan Apple Intelligence yang lebih pintar.

Terdapat 26 model yang di senarai menyokong kemas kini iOS 26 bermula dari iPhone SE ke-2 ke atas, siri iPhone 11, siri iPhone 12, siri iPhone 13, siri iPhone 14, siri iPhone 15 dan siri iPhone 16

Selain itu, kemas kini sistem operasi versi stabil untuk iPadOS 26, macOS Tahoe 26, watchOS 26, visionOS 26 dan tvOS 26 akan turut tersedia.

ARTIKEL BERKAITAN