Close

Siri Xiaomi 15T diperkenalkan – Guna cip Dimensity 9400+, paparan 144Hz dan bateri 5500mAh

Xiaomi telah mengumumkan dua model baru dalam siri T iaitu Xiaomi 15T dan 15T Pro. Siri T kali ini hadir dengan skrin lebih besar, kapasiti bateri yang lebih tinggi dan sistem kamera baru dengan sentuhan Leica.

Untuk Xiaomi 15T Pro, ia hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.83-inci yang menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 3200 nits. Skrin peranti ini turut menyokong kandungan HDR10+ dan Dolby Vision untuk memberi pengalaman menonton yang lebih baik.

Dikuasakan dengan cip Dimensity 9400+ yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.1. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto denegan zum optik 5X + 12MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Kamera ini mampu merakam video pada resolusi sehingga 8K 30fps dan 4K 60fps dalam mod 10-bit Log.

Dilengkapi bateri yang lebih besar 5500mAh berbanding 5000mAh pada model sebelumnya. Turut menyokong pengecasan 90W berwayar dan 50W tanpa wayar. Untuk spesifikasi lain, ia hadir dengan penafaran IP68, WiFi 7, Bluetooth 6, NFC, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan HyperOS 3.

Manakala untuk Xiaomi 15T, turut hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.83-inci namun hanya menyokong paparan120Hz. Skrin peranti ini turut menyokong kecerahan puncak 3200 nits, HDR10+ dan Dolby Vision untuk memberi pengalaman menonton yang lebih baik.

Dikuasakan dengan cip Dimensity 8400-Ultra yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.1. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto denegan zum optik 5X + 12MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Turut menyokong merakam video pada resolusi 4K 60fps dalam mod 10-bit Log.

Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W. Untuk spesifikasi lain, ia hadir dengan penafaran IP68, WiFi 6E, Bluetooth 6, NFC, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan HyperOS 3.

Untuk pasaran Eropah, Xiaomi 15T dijual pada harga bermula sekitar £600 (RM3401) manakala untuk Xiaomi 15T Pro pula sekitar £650 (RM3685). Siri Xiaomi 15T akan turut diperkenalkan untuk pasaran Malaysia hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN