Close

realme GT 8 Pro akan tiba di Malaysia – Guna cip Snapdragon 8 Elite Gen 5

realme Malaysia mengesahkan peranti andalan mereka iaitu GT 8 Pro akan tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Menariknya, peranti ini akan dikuasakan dengan cip andalan terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5.

Dengan pengesahan itu, realme GT 8 Pro akan menjadi peranti terawal atau mungkin yang pertama di Malaysia hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5. Menurut realme, GT 8 Pro bakal membawakan peningkatan prestasi yang lebih baik dan berkuasa untuk memberikan pengalaman bermain dan penggunaan harian yang lancar.

Lebih menariknya, peranti ini mendapat skor antutu melebihi 4 juta menjadikan ia antara telefon pintar terpantas ketika ini. Selain itu, GT 8 Pro akan dilengkapi dengan cip Hyper Vision+ AI dan GT BOOST 3.0 yang dibangunkan khas untuk mengekalkan prestasi peranti secara konsisten.

Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi penuh yang dikongsi buat setakat ini. Namun begitu, menurut beberapa laporan realme GT 8 Pro bakal hadir dengan rekaan serba baru, skrin dengan resolusi 2K dan kamera 200MP Periskop Telefoto.

Buat masa ini, realme Malaysia masih belum mengumumkan tarikh pelancaran rasmi di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN