Nothing dilaporkan sedang membangunkan siri peranti kelas pertengahan mereka yang seterusnya.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi, mendedahkan nombor model iaitu A069P dikesan di pangakalan data IMEI yang didakwa sebagai Nothing Phone (4a) Pro. Penyenaraian tersebut turut mendedahkan maklumat pengeluar iaitu NOTHING Technology Limited.
Sebagai rujukan, siri Nothing sebelum ini iaitu Phone (3a) dan (3a) Pro menggunakan nombor model A059 dan A059P. Jadi, nombor model A069P dikatakan pengganti kepada model seterusnya iaitu siri Phone (4a).

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi atau imej yang didedahkan mengenai peranti ini. Kita mungkin boleh menjangkakan siri Phone (4a) akan hadir dengan peningkatan prestasi dan kamera yang lebih baik berbanding sebelumnya.