Close

Instagram mungkin hadir dengan ciri ‘Schedule Story’

Instagram mungkin akan memperkenalkan ciri ‘Schedule Story’ tidak lama lagi, ciri ini membolehkan pengguna menjadualkan tarikh dan masa untuk hantaran stories.

Menurut maklumat, ciri tersebut sedang diuji namun tiada maklumat mengenai ketersediaannya. Pengenalan ciri ini dijangka akan memudahkan pengguna dalam menguruskan kandungan dengan lebih baik dan tersusun.

Berdasarkan tangkap layar dikongsi, ciri tersebut boleh diakses secara terus melalui aplikasi, pengguna hanya perlu menjadualkan tarikh dan juga masa untuk hantaran stories.

Ketika ini, proses penjadualan kandungan perlu dilakukan melalui Meta Bussines Suite atau menggunakan aplikasi pihak ketiga. Proses ini dilihat sedikit rumit berbanding menguruskan secara terus melalui aplikasi.

ARTIKEL BERKAITAN