Close

WhatsApp kini menyokong ciri ‘Live Photos’ dan ‘Motion Photos’

WhatsApp kini hadir dengan beberapa ciri baru untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Antara ciri baru yang ditawarkan seperti sokongan Live Photos untuk iOS dan Motion Photos untuk Android. Melalui ciri ini, imej yang dikongsi akan mempunyai pergerakan dan audio berdurasi tiga saat. Membolehkan pengguna berkongsi detik sebenar atau momen yang lebih hidup berbanding imej statik.

Selain itu, pengguna kini boleh mencipta atau menghasilkan tema perbualan yang lebih kreatif melalui Meta AI, memberikan pengalaman yang lebih peribadi. Bukan itu sahaja, panggilan video kini menyokong latar belakang yang dijana oleh AI. Pengguna juga boleh menambah latar belakang yang dijana oleh AI pada imej dan video secara terus dalam perbualan.

Terdapat juga sokongan pelekat baru dan pengguna Android kini boleh mengimbas, menyimpan atau menghantar dokumen secara terus melalui WhatsApp. Akhir sekali, carian untuk kumpulan kini lebih mudah, hanya perlu mencari nama pengguna pada bahagian Chats dan WhatsApp akan memaparkan maklumat mengenai kumpulan yang disertai.

Semua ciri ini telahpun dilepaskan secara berperingkat kepada semua pengguna. Untuk mula menggunakan ciri ini pastikan aplikasi anda telah dikemas kini kepada yang terbaru.

ARTIKEL BERKAITAN