Close

OnePlus akan perkenal OxygenOS 16 pada 16 Oktober

OnePlus mengesahkan sistem operasi baru mereka iaitu OxygenOS 16 akan diperkenalkan pada 16 Oktober ini. Tarikh pengenalan ini boleh dikatakan sebagai satu simbolik kerana OxygenOS 16 dibina berasaskan Android 16 dan diperkenalkan pada 16 Oktober.

OxygenOS 16 dijangka hadir dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik pada antara muka dan fungsi. Selain itu, ia akan memfokuskan kepada kemampuan AI yang lebih berkuasa dengan integrasi yang lebih mendalam dengan Google Gemini.

Dengan integrasi tersebut, ia membolehkan AI mengakses aplikasi terbina OnePlus secara terus sekaligus menjadikan ia lebih pintar dan efisien untuk tugasan harian. Buat masa ini, tiada maklumat terperinci yang dikongsi mengenai senarai penuh perubahan dan fungsi baru pada OxygenOS 16.

OnePlus 15 dijangka akan menjadi peranti pertama yang akan menjalankan OxygenOS 16. Menariknya, sistem operasi ini berkemungkinan akan diperkenalkan secara serentak bersama dengan OnePlus 15 di China.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN