CIMB melalui laman web rasmi mereka menggumumkan sistem MyDebit akan mengalami gangguan sementara disebabkan oleh penyelenggaran berjadual yang akan dilakukan pada 14, 25 dan 25 Oktober 2025.

Sehubungan dengan itu, perkhidmatan MyDebit CIMB tidak boleh diakses sementara waktu pada 14 Oktober bermula 12:00 tengah malam sehingga 2:00 pagi. Manakala pada 25 Oktober dan 26 Oktober bermula 12:00 tengah malam sehingga 8:00 pagi.
Penyelenggaraan ini dilakukan untuk memastikan pengalaman penggunaan yang lebih baik pada masa akan datang. Selain itu, CIMB turut menyatakan permohonan maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.