vivo Malaysia telahpun menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka iaitu V60 Lite 5G pada 9 Oktober ini.
Sebelum ini, vivo Malaysia telahpun berkongsi beberapa maklumat mengenai V60 Lite 5G. Peranti ini akan ditawarkan dengan dua pilihan warna baru dengan salah satunya adalah Pop Pink. Selain itu, peranti ini akan dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan paparan 120Hz.

V60 Lite 5G akan dikuasakan dengan cip Dimensity 7360-Turbo dan dilengkapi dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Untuk fotografi, peranti ini akan dilengkapi dengan kamera utama 50MP Sony IMX882 yang turut menyokong fungsi Aura Light.

Seiring dengan ketibaanya, vivo Malaysia telah membuka pra-tempahan awal dengan bayaran RM1. Melaluinya, pelanggan berpeluang untuk menerima pelbagai hadiah menarik antaranya e-baucar bernilai RM30, vivo Buds, kotak eksklusif serta perlindungan tambhana selama setahun yang merangkumi kerosakan skrin depan dan panel belakang.