realme dijangka bakal memperkenalkan GT 8 Pro di China tidak lama lagi. Sebelum ini, realme telahpun mengesahkan peranti ini akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5.
realme GT 8 Pro :
— Debayan Roy (Gadgetsdata) (@Gadgetsdata) October 4, 2025
✅ 200MP 1/1.56" HP5 periscope telephoto, telemacro
✅ 50MP LYT-808 1/1.4" OIS
✅ 50MP UW (likely JN5)
✅ Interchangeable 📸module, Ricoh collab
✅ 7000mAh+🔋120W
✅ Better haptics &🔊
✅ Ultrasonic FS, IP69
✅ 2K 144Hz 10bit LTPO BOE flat oled
✅ SD 8E Gen 5 pic.twitter.com/TG031HyJW0
Terbaru, maklumat mengenai spesifikasi lain peranti ini telah didedahkan. Peranti ini akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 50MP + 50MP Ultra Lebar. Maklumat tersebut turut mendedahkan peranti ini akan menyokong modul kamera yang boleh ditukar ganti.


Lebih menariknya, realme akan bekerjasama dengan jenama kamera terkemuka iaitu Ricoh untuk meningkatkan keupayaan kamera. realme GT 8 Pro akan dimuatkan dengan bateri 7000mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W. Menggunakan skrin OLED jenis rata dengan paparan 144Hz dan resolusi 2K.
Ketika ini, tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran yang dikongsi oleh realme. Kita mungkin boleh menjangkakan peranti ini akan diperkenalkan dalam beberapa minggu akan datang. Jadi, sama-sama kita nantikan.