Huawei secara rasmi memperkenalkan nova Flip S di pasaran China, merupakan variasi baru kepada model nova Flip yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu. Kekal dengan rekaan dan spesifikasi yang hampir sama, namun ditawarkan dengan pilihan warna baru dengan harga lebih mampu milik.
nova Flip S kini hadir dengan pilihan warna yang lebih ceria dan menarik. Antara warna baru yang diperkenalkan adalah seperti Feather Black, White, Azure Blue, Green, Soft Pink dan Star Black.

Untuk spesifikasi, nova Flip S hadir dengan skrin luar bersaiz 2.14-inci OLED dengan paparan 60Hz dan skrin utama 6.94-inci OLED LTPO dengan paparan 120Hz. Peranti ini hanya setebal 6.88 mm apabila dibuka dengan berat sekitar 195 gram sahaja. Skrin luar peranti ini menyokong pelbagai aplikasi seperti weather, muzik dan kalendar.

Dikuasakan dengan cip Kirin 8000 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Dimuatkan dengan bateri 4400mAh yang menyokong pengecsan 66W.
Peranti ini menjalankan sistem operasi HarmonyOS 5.1 dan turut menyokong pelbagai fungsi yang dijana dengan kecerdasan buatan (AI). Jika sebelum ini, HUAWEI nova Flip dijual pada harga bermula sekitar CNY5288 (RM3304). Namun, untuk nova Flip S ia dijual pada harga bermula CNY3388 (RM2010). Tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan tersedia untuk pasaran global atau sebaliknya.