Close

iPhone 18 Pro mungkin guna ‘variable aperture’ pada kamera utama

iPhone 18 Pro dan 18 Pro Max mungkin akan menggunakan teknologi ‘variable aperture’ pada kamera utama.

Menurut maklumat, Apple dikatakan sedia untuk memperkenalkan sokongan apertur boleh ubah (variable aperture) pada kamera utama iPhone 18 Pro dan 18 Pro Max. Lebih menarik, Apple juga dikatakan telah memilih Sunny Optical sebagai pembekal utama untuk modul lensa apertur boleh ubah.

Teknologi variable aperture membolehkan kamera menukar saiz bukaan lensa secara automatik, bergantung kepada keadaan cahaya. Menjadikan hasil imej lebih terang dalam cahaya malap dan depth of field yang lebih baik dalam cahaya terang.

Sekiranya laporan ini tepat, iPhone 18 Pro dan 18 Pro Max akan menjadi iPhone pertama menggunakan teknologi variable aperture. Selain itu, perubahan ini boleh dikatakan sebagai satu langkah besar dalam evolusi fotografi mudah alih Apple.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN