Close

OPPO kongsi senarai peranti terima kemas kini ColorOS 16

Seiring dengan pengumuman siri Find X9 ke pasaran tempatan, OPPO turut berkongsi senarai peranti yang akan menerima sistem operasi baru iaitu ColorOS 16 yang dibina berasaskan Android 16.

Menurut OPPO, kemas kini ini akan dilepaskan secara berperingkat kepada peranti yang layak. Peranti terawal yang akan menerima kemas kini ini adalah siri Find X8, Find N5, Find N3 Flip, Find N5, siri OPPO Reno 14, siri Reno 13 dan OPPO Pad 3 Pro.

Manakala, peranti lain dalam senaraikan akan mula menerima kemas kini bermula Disember dan sekitar suku pertama 2026. ColorOS 16 tampil dengan reka bentuk baru dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan dengan AI. Selain itu, ia turut menawarkan sejumlah peningkatan prestasi, keselamatan dan kecekapan yang lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN