TechLife secara rasmi memperkenalkan tablet baru mereka iaitu Pad Plus 12″ LTE. Tablet ini hadir dengan spesifikasi yang menarik dan ditawarkan pada harga mampu milik.

TechLife Pad Plus 12″ LTE dilengkapi dengan skrin bersaiz 12-inci dengan resolusi 2K dan menyokong paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G91 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB, turut menyokong memori tambahan sehingga 1TB melalui mikroSD.

Menggunakan kamera tunggal dengan sensor 13MP pada bahagian belakang dan 8MP untuk swafoto. Dimuatkan dengan bateri 8000mAh yang menyokong pengecasan 18W serta 5W berbalik. Tablet ini dilengkapi dengan empat pembesar suara dan menjalankan sistem operasi berasaskan Android 15.

Untuk pasaran tempatan, tablet ini dijual pada harga RM799 untuk 8GB + 256GB. Setiap pembelian dalam talian akan menerima papan kekunci percuma bernilai RM299. Manakala, untuk pembelian melalui kedai fizikal pengguna akan menerima hadiah percuma bernilai RM398 iaitu papan kekunci dan beg simpanan.