OnePlus Malaysia mengesahkan peranti andalan mereka iaitu OnePlus 15 akan tiba ke pasaran tempatan pada 13 November ini.

Peranti ini telahpun diperkenalkan lebih awal di China, hadir dengan rekaan modul kamera jenis bulat sebaliknya menggunakan modul kamera berbentuk segi empat dengan bucu bulat. Menggunakan skrin jenis rata bersaiz 6.78-inci AMOLED BOE X3 dengan paparan 165Hz.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang digabungan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang, bateri 7300mAh dan menyokong pengecasan 120W.

Seiring dengan ketibaanya ke Malaysia, OnePlus telah membuka pra-tempahan awal yang akan menerima hadiah percuma robot vakum Fefant M310 bernilai RM799 dan rebat RM50. Untuk pembelian selepas 13 November, pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai RM368 iaitu Enco Buds 3 dan Aramid Fiber Magnetic Case.