Apple akhirnya melepaskan kemas kini iOS 26.1, merupakan kemas kini besar pertama selepas sistem operasi tersebut diperkenalkan pada September lalu. Melaluinya, ia hadir dengan beberapa perubahan dan penambaikan untuk memberi pengalaman penggunaan yang lebih baik.
Liquid glass toggle

Apple membawakan penambahbaikan pada antara muka Liquid Glass yang diperkenalkan pada iOS 26. Pengguna kini boleh melaras tahap opacity melalui liquid glass toggle. Sebelum ini, pengguna hanya boleh mengaktif dan menyahaktif opacity sahaja.
Liquid Glass Toggle membolehkan pengguna mengawal tahap opacity kesan liquid glass pada antara muka dan skrin kunci. Terdapat dua pilihan yang tersedia iaitu Clear atau Tinted. Untuk Clear, ia tawar tahap ketelusan yang tinggi sementara Tinted menawarkan ketelusan lebih rendah. Untuk akses ciri ini pergi ke Settings > Display and Brightness > Liquid Glass.
Lock screen camera swipe

Perubahan yang mungkin lama ditunggu oleh pengguna iPhone, melalui kemas kini iOS 26.1 pengguna kini boleh mematikan ciri ‘lock screen swipe to open camera’. Walau bagaimanapun, pengguna masih mempunyai pilihan untuk mematikan atau menghidupkan ciri tersebut.
Ketibaan ciri dapat mengelakkan kamera aktif secara tidak sengaja semasa berada didalam poket atau beg. Untuk mengakses ciri, pergi ke settings dan pilih camera, seterusnya matikan ciri lock screen swipe to open camera.
Alarm and Timer

Apple turut membawakan perubahan pada antara muka baru untuk aplikasi alarm dan timers. Perubahan ketara adalah pada cara pengguna menghentikan penggera. Pada iOS 26.1, Apple telah menggantikan ‘Tap to Stop’ kepada ‘Slide to Stop’ bagi mengelakkan pengguna tertekan butang yang salah.
Pengguna masih boleh menangguh alarm dengan menekan butang besar ‘snooze. Namun, untuk mematikan alarms sepenuhnya, pengguna perlu Slide to Stop, memerlukan ketepatan pergerakan.
Apple Music

Aplikasi Apple Music turut menerima perubahan kecil tapi sangat berguna. Melalui perubahan ini, pengguna kini boleh menukar lagu dengan melakukan ‘swipe gesture’. Ciri ini menjadikan pertukaran lagu lebih cepat dan responsif.
Pengguna hanya perlu meleret ke kiri pada tajuk lagu untuk melangkau ke lagu seterusnya atau meleret ke kanan untuk kembali ke lagi sebelumnya.
Apple Intelligence

Apple menambah lebih banyak sokongan bahasa termasuk Danish, Belanda, Norway, Portugis (Portugal), Sweden, Turki, Cina (Tradisional) dan Vietnam. Dengan sokongan bahasa yang lebih banyak ia memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik.
Tidak ketinggalan, AirPods live translation turut menyokong beberapa bahasa baru seperti Korea, Jepun, Itali dan Cina.
Perubahan lain
Apple turut menyertakan perubahan dan penambahbaik pada beberapa lagi aplikasi dan fungsi seperti aplikasi Fitness, Phone, Photos, Safari, AirPlay dan lain-lain. Selain itu, kemas kini iOS 26.1 juga menawarkan penyelasaian beberapa masalah pepijat.

Kemas kini iOS 26.1 tersedia untuk peranti yang menjalankan iOS 26, untuk mengemas kini pergi Settings > General > Software Update > Update Now.