Close

Rekaan Samsung Galaxy Tri-Fold diperlihatkan

Laporan mengenai ketibaan fon tri-lipat dari Samsung telah lama kedengaran. Terbaru, rekaan peranti tersebut telah diperlihatkan dengan lebih terperinci.

Dalam video yang dikongsi oleh SBS Korea dan Omokgyo Electronics Mall, telah memperlihatkan Galaxy Tri-Fold menggunakan rekaan yang nipis apabila dibuka sepenuhnya. Apabila dilipat, peranti ini nampak lebih tebal kerana menggunakan mekanisme dwi-engsel.

Samsung dikatakan mengguna falsafah reka bentuk yang sama seperti Galaxy Z Fold7, ketebalan dan keseimbangan berat yang baik. Pada bahagian belakang, ia menggunakan rekaan modul kamera dan kedudukan butang sama seperti Galaxy Z Fold7.

Galaxy Tri-Fold bukan hanya memfokuskan kepada teknologi skrin tri-lipat, tetapi turut mementingkan aspek keselesaan pengguna, ketahanan engsel dan pengalaman visual apabila peranti dibuka sepenuhnya.

Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi dan tarikh pelancaran yang dikongsi buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN