Close

Apple mungkin perkenal MacBook mampu milik tahun depan

MacBook dengan harga mampu milik mungkin akan diperkenalkan pada tahun depan (2026).

Menurut maklumat terbaru, Apple dikatakan sedang membangunkan MacBook mampu milik untuk pasaran baru. Seperti namanya, MacBook ini akan hadir dengan binaan dan spesifikasi yang lebih rendah.

MacBook mampu milik ini akan menggunakan paparan jenis LCD dengan saiz skrin yang lebih kecil untuk menjadikan ia lebih kompak dan ringan. Untuk prestasi, Apple mungkin akan menggunakan cip siri iPhone mungkin A19 Pro atau varian khas yang akan dioptimumkan untuk macOS.

Walaupun menggunakan cip dari iPhone, namun prestasi cip ini dikatakan lebih pantas berbanding cip Apple M1. Harga jualan untuk MacBook mampu milik ini dijangka sekitar $1000 (RM4183) ke bawah. Peranti ini akan menjadi pesaing kepada Chromebook dan komputer riba bajet Windows.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN