Close

Apple mungkin perkenal MacBook dengan cip iPhone – Harga mampu milik?

Apple mungkin akan memperkenalkan MacBook dengan harga jualan yang lebih mampu milik.

Menurut laporan, Apple merancang untuk menawarkan model MacBook mampu milik yang akan dikuasakan dengan cip A18 Pro, cip sama digunakan pada iPhone 16 Pro berbanding siri cip M yang biasa digunakan pada Mac.

Walaupun cip A18 Pro tidak setanding siri cip M namun ia dikatakan cukup berkuasa untuk digunakan bagi tugasan harian seperti melayari web, menulis dokumen dan sebagainya. MacBook mampu milik dilihat sesuai untuk pengguna kasual, pelajar atau mereka yang hanya perlukan prestasi asas.

MacBook mampu milik ini akan ditawarkan dengan saiz skrin 13-inci yang sama seperti MacBook Air. Selain itu, ia akan turut ditawarkan dengan pilihan warna yang menarik seperti kuning, perak dan merah jambu.

Apple mungkin akan memperkenalkan MacBook mampu milik ini pada penghujung 2025 atau awal 2026. Harga jualan model ini mungkin lebih rendah berbanding MacBook Air yang dijual pada harga RM4499 dengan cip M4.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN