Close

Siri OPPO Reno14 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1399

Siri OPPO Reno14 kini tiba secara rasmi ke pasaran tempatan. Seperti model sebelumnya, siri Reno14 turut hadir dengan 3 pilihan model iaitu Reno14, Reno 14 Pro dan Reno14F.

Reno14 Pro merupakan model premium dalam siri Reno14, hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.83-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan dilindungi dengan Gorilla Glass 7i. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8450 yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Periskop Telefoto + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 6200mAh yang menyokong pengecasan 80W. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti Bluetooth 5.4, NFC, penarafan IP68/IP69 dan menjalankan sistem operasi ColorOS 15.

Reno14 dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan dilindungi dengan Gorilla Glass 7i. Dijana dengan cip Dimensity 8350 yang digabungkan dengan 12GB RAM LPDRR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1.

Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Periskop Telefoto + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 80W. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti Bluetooth 5.4, NFC, penarafan IP68/IP69 dan menjalankan sistem operasi ColorOS 15.

Akhir sekali adalah Reno14F, hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.57-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan dilindungi dengan AGC Dragontrail DT-STAR D+. Dijana dengan cip Snapdragon 6 Gen 1 yang digabungkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti Bluetooth 5.4, NFC, penarafan IP69 dan menjalankan sistem operasi ColorOS 15.

Di Malaysia, OPPO Reno14F dijual pada harga RM1399 (8GB + 256GB), RM1599 (12GB + 256GB) dan RM1799 (12GB + 512GB). Untuk Reno14 pula dijual pada harga RM2199 (8GB + 256GB) dan RM2599 (12GB + 512GB). Manakala untuk model paling premium iaitu Reno14 Pro dijual pada harga RM2999 (12GB + 512GB).

ARTIKEL BERKAITAN