Close

iPhone Air 2 mungkin guna dua kamera belakang

iPhone Air generasi seterusnya atau iPhone Air 2 berkemungkinan hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang.

Menurut laporan, Apple sedang membangunkan iPhone Air 2 yang dijangka akan diperkenalkan pada tahun hadapan. iPhone Air 2 akan kekal dengan rekaan nipis dan ringan seperti generasi pertama, namun membawakan peningkatan ketara pada sistem kamera.

iPhone Air 2 mungkin akan dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan ultra lebar menjadi sensor tambahan baru. Kedua-dua kamera ini akan menggunakan sensor sebesar 48MP dan akan disusun secara mendatar berbeza dari iPhone 17 yang disusun secara menegak.

Selain itu, tidak dapat dipastikan adakan iPhone Air 2 akan menyokong rakaman video spatial (3D) seperti iPhone 16 Pro atau sebaliknya.

iPhone Air yang diperkenalkan sebagai pengganti model Plus menerima kritikan dari pengguna dengan salah satu kekurangan utamanya adalah ketiadaan kamera ultra lebar.

ARTIKEL BERKAITAN