Close

Apple mungkin sokong lebih banyak ciri satelit pada iPhone

Apple dikatakan merancang untuk memperluaskan ciri satelit pada iPhone, membolehkan pengguna melakukan lebih banyak perkara tanpa liputan selular atau Wi-Fi.

Menurut laporan, Apple akan menyokong lebih banyak ciri satelit pada iPhone tidak hanya digunakan untuk panggilan kecemasan dan mesej teks sahaja. Apple mungkin akan menambah beberapa ciri baru yang berasaskan sambungan satelit pada kemas kini akan datang.

Untuk kemas kini akan datang, pengguna boleh menghantar gambar menggunakan sambungan satelit, menjadikan komunikasi lebih menyeluruh pada kawasan tanpa rangkaian. Selain itu, aplikasi navigasi iaitu Apple maps mungkin akan turut menyokong sambungan satelit. Membolehkan pengguna menggunakan Apple maps biarpun tanpa sambungan rangkaian.

Bukan itu sahaja, Apple juga dikatakan merancang untuk menambah baik cara untuk menyambung sambungan satelit. Generasi iPhone seterusnya, tidak lagi perlu menghalakan ke langit untuk mengesan isyarat dan sambungan dapat dikekalkan walaupun dalam bangunan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN