Close

Qualcomm akan perkenal cip Snapdragon 8 Gen 5 pada 26 November ini

Qualcomm bakal memperkenalkan cip baru mereka iaitu Snapdragon 8 Gen 5 pada 26 November ini.

Malangnnya, Qualcomm masih belum berkongsi spesifikasi penuh mengenai cip ini. Namun begitu, terdapat beberapa maklumat awal telahpun diketahui. Cip ini akan menggunakan teknologi binaan 3nm yang sama seperti Snapdragon 8 Elite Gen 5.

Dari segi kelajuan teras, ia hadir dengan teras utama berkelajuan 3.8GHz dan teras prestasi pada kelajuan 3.32GHz. Untuk konfigurasi, ia mungkin hadir dengan 2 teras utama + 6 teras perfomance. Cip ini berkemungkinan akan dipadankan dengan GPU Adreno 840.

Seperti biasa, maklumat yang lebih tepat mengenai cip Snapdragon 8 Gen 5 hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN