Close

DJI Osmo Action 6 dan Neo 2 kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga bermula RM899

DJI Malaysia secara rasmi membawakan dua peranti baru ke pasaran tempatan iaitu Osmo Action 6 dan Neo 2. Kedua-dua peranti ini hadir dengan pelbagai peningkatan menarik dengan kemampuan kamera yang lebih baik.

DJI Osmo Action 6 dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 1.46 pada bahagian depan dan 2.5-inci pada bahagian belakang. Hanya seberat 149 gram dan hadir dengan sensor baru CMOS 1/1.1 dengan sudut pandang 155°.

Turut menyokong aperture boleh ubah f/2.0 hingga f/4.0, untuk memberikan prestasi lebih baik dalam keadaan kurang cahaya. Menyokong rakaman video pada resolusi sehingga 4K 120fps, 2.7K pada 120fps dan 1080p sehingga 240fps. Turut hadir dengan pelbagai mod rakaman seperti RockSteady 3.0+ untuk rakaman yang lebih stabil dan berkualiti tinggi.

Dimuatkan dengan bateri 1950mAh yang mampu beroperasi sehingga 240 minit pada suhu bilik. Dari segi ketahanan, ia mampu bertahan pada kedalaman 20 meter tanpa casing dan 60 meter dengan casing khas. Selain itu, kamera ini dilengkapi dengan storan terbina 64GB dan menyokong mikroSD sehingga 1TB untuk storan tambahan.

Manakala untuk DJI Neo 2, ia hanya seberat hanya sekitar 151 gram dan boleh dilancar atau mendarat pada tapak tangan sahaja. Hadir dengan sensor kamera CMOS 1/12 inci 12MP dengan apertur f/2.2 yang mampu memberi hasil rakaman yang lebih baik dan lebih jelas. Neo 2 boleh dikawal sejauh 7 km dengan ketinggian mencapai 2000 meter dan mampu bertahan selama 19 minit.

Menyokong rakaman pada resolusi 4K 60fps, slow-mo 4K 100fps dan video menegak dengan resolusi 2.7K, yang distabilkan dengan gimbal dua paksi. DJI Neo 2 kini dilengkapi dengan sokongan Omnidirectional Obstacle Sensing dan sensor LiDAR pada bahagian depan, mmbolehkan Neo 2 mengelak halangan dari pelbagai arah.

Neo 2 kini hadir dengan paparan terbina, butang khas untuk pelepasan dan butang suis untuk mod. Terdapat juga beberapa ciri pintar dimuatkan seperti Gesture ControlReturn to PalmSelfieShotDolly ZoomMasterShots dan Cycling Follow.

Untuk pasaran tempatan, DJI Osmo Action 6 dijual pada harga bermula RM2079 untuk Standard Combo dan RM2569 untuk Adventure Combo. Sementara untuk DJI Neo 2 pula, ia dijual pada harga RM899 untuk dron sahaja dan RM2299 untuk Motion Fly More Combo yang didatangkan dengan pelbagai aksesori lain.

ARTIKEL BERKAITAN