Close

OnePlus Ace 6T diumumkan – Cip Snapdragon 8 Gen 5, bateri 8300mAh dan pengecasan 100W

OnePlus mengumumkan peranti baru iaitu Ace 6T di pasaran China, merupakan peranti pertama dan terawal yang dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 5.

OnePlus Ace 6T, hadir dengan skrin OLED besaiz 6.7-inci dengan resolusi 1.5K dan menyokong paparan 165Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 5 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDRR5X dan storan dalaman 1TB UFS 4.1.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 8300mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W. Spesifikasi lain, ia hadir dengan penarafan IP68, IP69, IP69K, pengimbas cari bawah skrin ultrasonik dan menjalankan sistem operasi ColorOS 16 berasaskan Android 16.

Model ini dijangka akan dijenamakan sebagai OnePlus 15R untuk pasaran global. Selain itu, rekaan OnePlus Ace 6T mirip seperti OnePlus 15, namun dengan spesifikasi yang sedikit lebih rendah. Malangnya, harga jualan untuk model ini belum diumumkan.

ARTIKEL BERKAITAN