Close

OPPO Find N6 mungkin jadi fon lipat pertama guna cip Snapdragon 8 Elite Gen 5

OPPO Find N6 dijangka akan menjadi fon lipat terawal yang dilengkapi dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5.

Menurut maklumat, OPPO Find N6 akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 sekali gus menjadikan fon lipat pertama dikuasakan dengan cip tersebut. Maklumat tersebut turut mendedahkan Find N6 akan dilengkapi dengan sokongan komunikasi satelit dan juga bateri 6000mAh.

Find N6 dijangka hadir dengan skrin luar bersaiz 6.6-inci dan skrin dalaman bersaiz 8.1-inci. Untuk konfigurasi kamera ia mungkin hadir dengan kamera utama 50MP dan kamera periskop 50MP dengan kemampuan 3x zum optik.

Sekiranya laporan ini tepat, Find N6 mungkin akan diperkenalkan pada separuh pertama tahun depan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN