Fon lipat OPPO yang seterusnya iaitu Find N6 mungkin hadir dengan rekaan yang lebih nipis berbanding model sebelumnya iaitu Find N5.
🚨 Exclusive 🚨
— Debayan Roy (Gadgetsdata) (@Gadgetsdata) November 27, 2025
Can totally confirm that :
✅ Oppo Find N6 has entered testing in India 🇮🇳
Generally, any device that enter testing in India, launch in India
But in this case, India launch is not confirmed yet, but there is a high possibility that it could launch in 🇮🇳!
Menurut maklumat, OPPO dikatakan sedang menguji Find N6 di India, sekaligus memberikan gambaran peranti tersebut akan tiba tidak lama lagi. Maklumat tersebut turut menyatakan, Find N6 mungkin hadir dengan rekaan lebih nipis dan lebih ringan berbanding Find N5.

Sebagai perbandingan, Find N5 hanya setebal 4.21 mm apabila dibuka dan 8.93mm apabila dilipat. Selain itu, peranti ini hanya seberat 229 gram sahaja. Selain lebih nipis dan ringan, Find N6 akan dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar 6000mAh berbanding 5600mAh pada model sebelumnya.
Spesifikasi lain yang dijangka akan dimuatkan pada peranti ini adalah cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, butang tambahan ‘Plus Key’ dan kamera utama 50MP Sony LYT 808. Malangnya, tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran yang dikongsi buat masa ini.