OnePlus bakal memperkenalkan model baru yang akan dikenali sebagai OnePlus Turbo.
Presiden OnePlus China iaitu Li Jie, menyatakan peranti pertama siri Turbo akan dilengkapi dengan kapasiti bateri paling besar yang pernah digunakan pada peranti OnePlus. Ketika ini, model OnePlus dengan bateri paling besar adalah OnePlus Ace 6T dengan 8300mAh.

OnePlus Turbo dijangka akan dimuatkan dengan bateri 9000mAh mengatasi kapasiti bateri yang digunakan pada OnePlus Ace 6T. Untuk spesifikasi, OnePlus Turbo berkemungkinan akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 5 dan menyokong paparan 165Hz.
Selain itu, siri OnePlus Turbo dijangka akan ditawarkan dalam dua pilihan model dan akan diperkenalkan pada Januari ini di China. Tidak dapat dipastikan adakah model ini akan turut tiba ke pasaran global atau sebaliknya.