Tablet terbaru dari HUAWEI iaitu MatePad 11.5″ (2026) telahpun diumumkan. Hadir dengan beberapa peningkatan yang lebih baik untuk meningkatkan produktiviti pengguna.

HUAWEI MatePad 11.5″ (2026) hadir dengan skrin bersaiz 11.5-inci dengan resolusi 2.5K yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 600 nits. Dari segi prestasi, untuk varian Soft Light Edition ia dikuasakan dengan cip Kirin T82, manakala model standard menggunakan cip Kirin T82B.
Dimuatkan dengan bateri 10,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W. Tablet ini dilengkapi dengan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP yang cukup untuk kegunaan hariaan seperti panggilan video atau imbasan dokumen.

Kedua-duanya tablet ini menjalankan HarmonyOS 5.1 dengan pelbagai ciri berasaskan AI termasuk sistem AI Health Learning 2 yang direka untuk menyokong pembelajaran dan penggunaan harian dengan lebih pintar. Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2 dan empat pembesar suara untuk pengalaman audio yang lebih imersif.
Di China, MatePad 11.5″ (2026) dijual pada harga bermula sekitar CNY1799 (RM1038) dan mencapai sehingga CNY2799 (RM1616).