Close

Apple didenda RM500 juta kerana anti persaingan

Pihak berkuasa Itali mengenakan denda sekitar €98.6 juta (RM500 juta) ke atas Apple selepas mendapati syarikat tersebut menyalahgunakan kedudukan dominannya dalam pasaran aplikasi melalui ciri App Tracking Transparency (ATT) di App Store.

Melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pihak berkuasa antitrust Itali menyatakan Apple menggunakan polisi ATT untuk menyekat persaingan khususnya terhadap pembangun aplikasi pihak ketiga yang bergantung kepada pengiklanan berasaskan data.

Apple mula memperkenalkan ciri ATT pada April 2021, memaksa aplikasi mendapatkan kebenaran pengguna sebelum menjejak aktiviti untuk tujuan pengiklanan. Walaupun dipromosikan sebagai langkah memperkukuh privasi pengguna, namun polisi tersebut dilihat memberi kelebihan kepada Apple.

Walau bagaimanapun, Apple menolak keputusan tersebut dan akan membuat rayuan. Apple menegaskan, keputusan itu mengabaikan kepentingan privasi pengguna dan lebih memihak kepada syarikat pengiklanan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN