Insiden kehilangan RM165.75 juta yang disebabkan oleh masalah sistem Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank) sedang disiasat oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Insiden tersebut dipercayai sebagai percubaan terancang untuk menyelewang dana menggunakan ratusan akaun kewangan. Sebanyak 718 akaun merentasi 19 institusi kewangan termasuk bank komersial, bank Islam, bank digital serta platform e-dompet, dipercayai digunakan dalam skim tersebut.
Walau bagaimanapun, BNM menegaskan tiada kebocoran data pelanggan berlaku dan tiada dana pelanggan terjejas. Semua perkhidmatan perbankan Agrobank termasuk perbankan internet serta mudah alih terus beroperasi seperti biasa.
Buat setakat ini, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan. Terdapat spekulasi menyatakan ia mungkin berpunca dari serangan siber atau kegagaln sistem yang melibatkan penyedia perkhidmatan pihak ketiga.