Close

Amerika Syarikat mengharamkan import Dron buatan luar – Termasuk dari China

Amerika Syarikat (AS) kini mengharamkan import dron buatan luar dengan alasan risiko keselamatan ke atas negara.

Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan A.S (FCC) mengumumkan, semua model dron baru dan komponen penting dari syarikat yang tersenarai dalam sekatan (“Covered List”) tidak akan mendapat kelulusan FCC untuk menjual produk di pasaran AS. Penetapan ini sekali gus, mengharamkan dron baru atau komponen penting diimport ke AS.

Pengharaman atau larangan tersebut terpakai kepada semua syarikat luar termasuk dari China merangkumi pengeluar seperti DJI dan Aautel. Walau bagaimanapun, FCC menegaskan larangan ini tidak menjejaskan dron sedia ada yang telah diluluskan sebelum ini. Pengguna masih dibenarkan menggunakan dron yang telah dibeli secara sah.

Larangan ini secara pratikal akan menghalang pengenalan model baru dari DJI atau pengeluar lain di Amerika Syarikat. China mengecam tindakan ini dengan mendakwa Amerika Syarikat menyalahgunakan alasan keselamatan negara dan mewujudkan amalan diskriminasi terhadap syarikat China.

Kementerian Perdagangan China turut memberi amaran bahawa langkah balas akan diambil jika sekatan diteruskan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN