Xiaomi secara rasmi memperkenalkan peranti baru iaitu 17 Ultra di China, merupakan model paling premium dalam dalam siri Xiaomi 17.

Xiaomi 17 Ultra hadir dengan skrin AMOLED LTPO M10 bersaiz 6.9-inci dengan resolusi 2608 × 1200. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 3500 nits dan dilindungi dengan Xiaomi Dragon Crystal Glass 3.0.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1. Dimuatkan dengan bateri 6800mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar, 50W tanpa wayar dan 22.5W pengecasan tanpa wayar berbalik.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci Light Fusion 1050L + 200MP periskop telefoto + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Seperti model sebelumnya, kemampuan kamera ini dibantu dengan Leica. Menjalankan sistem operasi HypeOS 3.0 dan hadir dengan pelbagai ciri AI baru.

Di China, Xiaomi 17 Ultra dijual pada harga bermula sekitar CNY4999 (RM4036) dan mencapai sehingga CNY8499 (RM4900). Buat masa ini, peranti ini hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja, tidak dapat dipastikan adakah ia akan tersedia untuk pasaran global atau sebaliknya.