iQOO Z11 Turbo tiba secara rasmi ke pasaran China, memfokuskan kepada prestasi dan kapasiti bateri yang besar.

iQOO Z11 Turbo hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 144Hz, HDR10+ dan kecerahan puncak sehingga 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB RAM LPDDR5X Ultra dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1.

Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Tarikan utama pada peranti ini adalah kapasiti bateri yang besar iaitu 7600mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W.
Perant ini turut dimuatkan dengan sistem penyejuk ice dome vapor chamber dan cip Q2 yang khusus untuk permainan. Spesifikasi yang turut tersedia seperti penarafan IP68/IP69, pengimbas cap jari ultrasonik 3D, pembesar suara jenis stereo dan WiFi 7.

Di China, iQOO Z11 Turbo dijual pada harga bermula sekitar CNY2699 (RM1572) dan ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Floating Light, Halo Pink, Midnight Black dan Sky White.