realme secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka iaitu realme P4 Power. Menarik mengenai peranti ini, ia hadir dengan kapasiti bateri yang besar 10,001mAh.

realme P4 Power menggunakan teknologi bateri Silicon-Carbon generasi baru yang lebih tahan dan juga lebih lasak. Menurut realme, bateri ini mampu mengekalkan 80% kapasiti walaupun selepas 8 tahun atau 1650 kitaran pengecasan.

Dengan bateri 10,001mAh, peranti ini mampu bertahan sehingga 12 jam untuk bermain permainan Battlegrounds Mobile India (BGMI), menonton YouTube sehingga 32 jam dan merakam video 4K sehingga 12 jam. Dengan bateri 5%, peranti masih mampu membuat panggilan fon sehingga 4 jam.

Menyokong pengecasan pantas 80W dan reverse charging 27W, boleh gunakan sebagai powerbank untuk mengecas peranti lain. Walaupun hadir dengan kapasiti bateri yang besar, peranti ini hanya setebal 9.08mm dan berat hanya 219 gram, sama seperti peranti biasa.

realme P4 Power dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.8-inci dengan menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7400 Ultra yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehignga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengans sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Spesifikasi lain yang ditawarkan menyokong penarafan IP66, IP68 dan IP69 serta mampu bertahan pada suhu ekstrem dari -30°C hingga 56°C.
Selain itu, realme P4 Power ini turut menyokong kemas kini sehingga 3 tahun untuk Android dan 4 tahun untuk keselamatan.