Google telahpun menawarkan sistem operasi Android 17 versi Beta 1 untuk pengguna peranti Google Pixel.

Menurut Google, Android 17 menawarkan beberapa peningkatan dan juga penambahbaikkan dari segi prestasi dan juga fungsi. Selain itu, Android 17 akan menyokong ciri aplikasi adaptif membolehkan aplikasi disesuaikan mengikut kepada saiz skrin.

Seperti kebiasaan, kemas kini Android 17 Beta 1 ini hanya tersedia untuk pengguna Google Pixel sahaja. Antara model yang menyokong adalah Google Pixel 6 dan ke atas. Versi stabil Android 17 dijangka akan tersedia sekitar Jun 2026.