Insta360 mengumumkan yang mereka bakal memperkenalkan kamera vlog baru yang akan dikenali sebagai Luna.

Luna akan menjadi pesaing kepada DJI OSMO Pocket 3 dalam segmen kamera kompak dengan keupayaan gimbal. Menariknya, peranti ini dikatakan hadir dengan sistem dua kamera iaitu satu kamera utama dan satu kamera telefoto.

Sekiranya peranti ini dikeluarkan lebih awal berbanding DJI Osmo Pocket 4, Luna akan menjadi kamera vlog pertama di dunia dilengkapi dengan keupayaan zum optik. Membolehkan pengguna membuat rakaman jauh dengan kualiti yang tajam dan terperinci.
👉Well, @Insta360 has taken a step forward with its new camera. Commendable. Hopefully, @DJIGlobal has refined the Pocket 4 series, and we won't be ashamed of it.)#insta360luna #djipocket4 pic.twitter.com/KaRJbITNi3
— Igor Bogdanov (@Quadro_News) February 11, 2026
Selain itu, peranti ini mungkin akan menggunakan sistem modular yang membolehkan pengguna menambah aksesori khas dengan lebih mudah. Insta360 mengesahkan Luna akan diperkenalkan sekitar Jun 2026.