Close

Apple mungkin tangguh ketibaan Siri generasi baru

Ketibaan Siri generasi baru mungkin akan ditangguhkan sekali lagi, bermaksud Siri baru tidak akan ditawarkan bersama dengan kemas kini iOS 26.4 yang akan tiba Mac ini.

Menurut laporan, Siri generasi baru tidak akan tersedia bersama dengan kemas kini iOS 26.4 yang akan tiba sekitar Mac ini. Apple dikatakan menghadapi beberapa masalah dalam membangunkan Siri versi baru.

Antara masalah yang dihadapi seperti respon yang lambat, jawapan yang tidak tepat, kesukaran dalam memproses soalan kompleks dan sukar memahami jika bertutur dengan pantas. Bukan itu sahaja, Siri baru juga dikatakan memotong percakapan pengguna sebelum selesai bercakap dan kadang-kala Siri secara automatik beralih ke ChatGPT berbanding menggunakan model AI Apple Sendiri.

Pengguna mungkin perlu menunggu lebih lama untuk menikmati peningkatan besar pada Siri. Buat masa ini, Apple masih lagi dalam fasa percubaan bagi memastikan ia lebih stabil dan responsif sebelum dilepaskan kepada umum. Selain itu, ciri baru melalui Siri baru akan diberikan secara berperingkat melalui kemas kini akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN