Close

MacBook dengan cip iPhone mungkin tiba bulan depan

Apple dijangka akan memperkenalkan MacBook mampu milik pada satu acara khas yang akan berlangsung sekitar Mac ini.

Menurut laporan, MacBook mampu milik ini akan dikuasakan dengan cip A18 Pro iaitu cip saya yang digunakan pada siri iPhone 16 Pro. Kemampuan cip ini dikatakan menghampiri prestasi cip M1 generasi awal sekaligus cukup untuk digunakan bagi tugasan harian.

MacBook mampu milik ini akan menggunakan skrin bersaiz 12.9-inci dengan kerangka aluminium yang dihasilkan melalui proses baru dengan kos yang efektif. Penggunaan binaan ini membolehkan Apple mengekalkan rekaan premium dengan harga yang lebih mampu milik.

Pilihan warna yang akan ditawarkan juga dikatakan cukup menarik. Antara warna yang mungkin akan diperkenalkan seperti kuning muda, hijau muda, biru, merah jambu, perak klasik, dan kelabu gelap.

Pengenalan atau ketibaan MacBook mampu milik ini bakal menarik lebih ramai pengguna ke dalam ekosistem Apple.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN