Close

Nothing kongsi tarikh pelancaran untuk siri Phone (4a)

Nothing menjadualkan acara pelancaran untuk siri Phone (4a) pada 5 Mac 2026, sehari selepas acara khas Apple pada 4 Mac.

Pada acara ini, Nothing dijangka akan memperkenalkan dua peranti baru iaitu Phone (4a) dan (4a) Pro. Spesifikasi kedua-dua peranti ini masih lagi belum dikongsi, namun menurut laporan peranti ini akan hadir dengan cip Snapdragon siri 7. 

Selain itu, untuk Phone (4a) ia akan menggunakan teknologi storan yang lebih pantas iaitu UFS 3.1 berbanding UFS 2.2 pada Phone (3a). Bagi model Phone (4a) Pro ia akan dilengkapi dengan kapasiti bateri lebih besar dan menyokong penarafan IP65.

Siri Phone (4a) dijangka kekal dengan rekaan ikonik Nothing dan hadir dengan pilihan warna yang menarik serta unik.

ARTIKEL BERKAITAN