vivo telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka iaitu V70 pada 5 Mac 2026. Maklumat tersebut dikongsi melalui Facebook rasmi vivo.

Seiring dengan perkongsian tersebut, vivo turut memperlihatkan rekaan V70 hadir dengan rekaan sisi jenis berkotak dan menggunakan rekaan skrin jenis rata. Butang kuasa dan butang suara diletakkan di bahagian kanan.
Selain itu, turut dapat dilihat peranti ini hadir dengan pilihan warna menarik dengan kemasan panel belakang yang unik. Seperti model sebelumnya, kemampuan kamera ini masih lagi dibantu dengan kerjasama dari Zeiss untuk menawarkan hasil imej yang lebih baik.