Close

Xiaomi Tag kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM79

Xiaomi secara rasmi memperkenalkan peranti penjejak mereka dengan nama Xiaomi Tag.

Xiaomi Tag hadir dengan rekaan yang minimalis dengan berat hanya 10 gram sahaja, memudahkan untuk digantung atau disimpan tanpa memerlukan aksesori tambahan. Untuk sistem penjejakan, Xiaomi Tag tidak menyokong Ultra Wide Band (UWB) sebaliknya menggunakan Bluetooth sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, peranti ini menyokong kedua-dua sistem Apple Find My dan juga Android Find Hub. Untuk pengguna Apple, ciri Lost Mode melalui NFC turut disokong oleh Xiaomi Tag membolehkan carian barangan hilangan lebih mudah.

Peranti ini turut boleh dikongsi dengan ahli keluarga atau rakan melalui ciri Share with Others, membolehkan mereka membantu mencari barangan yang hilang. Peranti ini menyokong penarafan IP67 sekaligus menjadi ia lebih tahan lasak. Untuk ketahanan bateri, Xiaomi Tag mampu bertahan sehingga 1 tahun.

Di Malaysia, Xiaomi Tag dijual pada harga RM79 seunit dan RM299 untuk empat unit. Sempena ketibaannya, Xiaomi Tag ditawarkan pada harga RM59 seunit dan RM199 untuk empat unit.

ARTIKEL BERKAITAN