Close

iQOO 15R diperkenalkan – Cip Snapdragon 8 Gen 5, paparan 144Hz dengan bateri 7500mAh

iQOO 15R menjadi model terbaru yang diperkenalkan di bawah siri iQOO 15. Model ini memfokuskan kepada prestasi dan juga kapasiti bateri yang besar.

iQOO 15R hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 144Hz, HDR10+ dan kecerahan puncak sehingga 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB RAM LPDDR5X Ultra dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.1.

Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Tarikan utama pada peranti ini adalah kapasiti bateri yang besar iaitu 7600mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W.

Perant ini turut dimuatkan dengan sistem penyejuk IceCore vapor chamber dan cip Q2 yang khusus untuk permainan. Spesifikasi yang turut tersedia seperti penarafan IP68/IP69, pengimbas cap jari ultrasonik 3D, pembesar suara jenis stereo dan WiFi 7.

Menjalankan sistem operasi Origin OS 6 yang berasaskan Android 16 dan menyokong kemas kini sehingga 4 tahun untuk Android dan 6 tahun untuk keselamatan.

Di India, iQOO 15R dijual pada harga bermula sekitar INR 44,999 (RM1972) dan mencecah sehingga INR 52,999 (RM2270). Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Dark Knight dan Triumph Silver. Peranti ini dijangka akan turut tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN