Xiaomi turut mengumumkan sebuah model edisi terhad iaitu Leica Leitzphone Powered By Xiaomi. Seperti namanya, model ini hadir dengan rekaan yang lebih eksklusif bersama dengan beberapa ciri tambahan yang menarik. Di China, model yang sama dipanggil sebagai Xiaomi 17 Ultra Leica Edition.

Leica Leitzphone Powered By Xiaomi tampil dengan rekaan yang lebih eksklusif yang diinspirasikan dari siri Leica-M, panel belakarang peranti ini menggunakan kemasan dwi-tona iaitu leather dan matte serta terdapat logo ikonik Leica, menjadikan ia lebih menyerlah berbanding model standard.

Paling menarik mengenai peranti edisi terhad ini adalah ia dilengkapi dengan Leica Camera Ring yang membolehkan pengguna mengawal zum atau mengubah focal length secara manual. Terdapat juga mod rakaman tambahan seperti Leica M3 Sytle dan Leica M9 Style untuk memberi pengalaman seperti kamera Leica.

Untuk spesifikasi dalaman, ia berkongsi spesfisikasi yang sama seperti Xiaomi 17 Ultra, hadir dengan skrin AMOLED LTPO M10 bersaiz 6.9-inci dengan resolusi 2608 × 1200. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 3500 nits dan dilindungi dengan Xiaomi Shield Glass 3.0.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Untuk pasaran Malaysia, Leica Leitzphone powered by Xiaomi dijual pada harga RM7499 untuk 16GB + 1TB. Setiap pembelian, akan menerima hadiah percuma Xiaomi 17 Ultra Photography Kit Pro bernilai RM1099 dan Xiaomi Sound Party bernilai RM349.