HONOR melalui acara Mobile World Congress (MWC) 2026 mengumumkan fon lipat terbaru mereka iaitu Magic V6. Hadir dengan rekaan yang lebih nipis bersama spesifikasi yang lebih berkuasa.

HONOR Magic V6 hadir dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan, peranti ini hanya setebal 8.75mm apabila dilipat dan 4mm bila dibuka sepenuhnya. Berat peranti ini hanya sekitar 219 gram untuk varian putih.

Dilengkapi dengan skrin utama bersaiz 7.9-inci LTPO 2.0 AMOLED dengan paparan 120Hz dan menyokong kecerahan puncak sehingga 5000 nits. Untuk skrin luar, ia hadir dengan skrin bersaiz 6.52-inci LTPO AMOLED dengan paparan 120Hz dan menyokong kecerahan puncak sehingga 6000 nits.
HONOR menggunakan teknologi engsel baru iaitu ‘Super Steel Hinge’ yang mampu bertahan sehingga 500,000 kali lipatan. Teknologi engsel baru ini turut berjaya mengurangkan kesan lipatan sehingga 44%.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.1. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 64MP Periskop Telefoto + 50MP Ultra Lebar. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 20MP yang diletakkan pada kedua-dua skrin.
Dimuatkan dengan bateri sebesar 6600mAh yang menyokong pengesaan 80W berwayar dan 66W tanpa wayar. Magic V6 turut menyokong penarafan IP68 dan IP69, sekaligus menjadikan ia fon lipat pertama yang menyokong dan menawarkan penarafan seperti itu.

Malangnya, HONOR tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai ketibaan dan juga harga jualan untuk Magic V6. Kita mungkin boleh menjangkakan peranti tersebut mungkin tiba pada separuh kedua tahun ini.